Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KENDERAAN KKM TERBALIK, PEMANDU CEDERA

DALAM NEGARA

KENDERAAN KKM TERBALIK, PEMANDU CEDERA

IPOH: Seorang pemandu pacuan empat roda milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas, di Jalan Jelapang, berhampiran Taman Meru Perdana, di sini pagi tadi.

Mangsa berusia 42 tahun yang hanya seorang sahaja dalam kenderaan itu mengalami kecederaan di bahagian belakang dan dada.

Jurucakap Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada orang awam kira-kira jam 7.29 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

Difahamkan kejadian berlaku semasa mangsa bergerak dari arah Chemor dalam perjalanan ke tempat kerja dan terbabas di laluan bertentangan.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading