Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL LARI ‘ROADBLOCK’, REMPUH ANGGOTA JPJ

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL LARI ‘ROADBLOCK’, REMPUH ANGGOTA JPJ

Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas dirempuh seorang penunggang motosikal dalam operasi sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 28 Lebuh Raya Seremban Port Dickson (SPDH) menghala Port Dickson, pagi tadi.

PORT DICKSON: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas dirempuh seorang penunggang motosikal dalam operasi sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 28 Lebuh Raya Seremban Port Dickson (SPDH) menghala Port Dickson, pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN – PENUNGGANG MOTOSIKAL REMPUH ANGGOTA JPJ ADA 8 KES JENAYAH, DADAH

JPJ dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian melibatkan seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR yang melanggar sekatan dan merempuh anggota bertugas kira-kira jam 11 pagi tadi.

“Hasil siasatan Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan, penunggang motosikal itu masih mempunyai dua senarai hitam masih aktif dan telah diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Tindakan yang dikenakan antaranya Lesen Kenderaan Moto (LKM) Tamat Tempoh pada 18 Julai 2012 Seksyen 23 (1) APJ 1987; tiada perlindungan insurans di bawah Seksyen 90(1) APJ 1987; tiada lesen memandu kompeten (CDL) di bawah Seksyen 26(1) APJ 1987; dan sita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987,” katanya hari ini.

Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat dan suspek diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPD Port Dickson bagi membantu siasatan.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, katanya.

JPJ dalam pada itu menasihatkan orang ramai untuk tidak melarikan diri atau bertindak diluar jangka ketika berhadapan dengan Operasi Penguatkuasaan SJR.

Terdahulu tular video memaparkan anggota JPJ yang sedang bertugas terpelanting dan terhantuk di kepala akibat dilanggar penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada SJR.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: PENUNGGANG MOTOSIKAL REMPUH ANGGOTA JPJ ADA 8 KES JENAYAH, DADAH – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading