SEMUA PIHAK DISERU LEBIH BERTANGGUNGJAWAB, TIDAK KELUARKAN UCAPAN SEWENANG-WENANGNYA – MOHD NA’IM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.
Ia termasuk mengeluarkan kenyataan yang menyentuh urusan agama Islam dan kefatwaan.
Beliau berkata sebarang perkara membabitkan urusan agama khususnya di bidang akidah dan syariah hendaklah diserah serta dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri dan para ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam disiplin ilmu itu.
“Semua pihak dimohon untuk menghentikan perbalahan serta persengketaan yang boleh memusnahkan perpaduan dan keamanan negara. Semua pihak perlu bersatu hati untuk membangunkan negara agar lebih maju, makmur, berdaya saing dan aman sentosa,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Na’im berkata beliau turut menjunjung tinggi titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang menggesa semua pihak terutama pemimpin politik agar mengambil tanggungjawab untuk memperkukuh perpaduan demi kesejahteraan negara.
Beliau juga berkata semua pemimpin perlu akur serta menghayati titah Sultan Sharafuddin dengan sepenuh hati supaya tidak memperalat agama bagi meraih sokongan dan pada akhirnya, rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang politik.
Pada 12 Sept lepas, Sultan Sharafuddin menitahkan rakyat khususnya pemimpin politik agar segera menghentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.
Titah Sultan Selangor, ini kerana baginda tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah disebabkan oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab namun ini tidak bermaksud Sultan Sharafuddin menyebelahi mana-mana pihak atau parti.
Mohd Na’im juga berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggerakkan seluruh agensi untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan umat Islam melalui pelbagai usaha serta inisiatif termasuk memperkasa peranan institusi masjid dan surau sebagai pusat penyatuan ummah.
Katanya dalam konteks kemajmukan masyarakat, jabatan itu telah melaksanakan program dialog antara tamadun dan budaya untuk memupuk kebersamaan serta sikap saling menghormati.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager