Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUI MATI DALAM PARIT

DALAM NEGARA

LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUI MATI DALAM PARIT

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu, ditemui mati dalam parit di Taman Wira Jaya, Parit Lapis Sempadan, pagi tadi.

BATU PAHAT: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu, ditemui mati dalam parit di Taman Wira Jaya, Parit Lapis Sempadan, pagi tadi.

Mayat mangsa, Nazrul Ajis, 21, ditemukan dalam keadaan hampir reput oleh penduduk kampung bersama motosikalnya kira-kira jam 11.30 pagi.

Menurut kembarnya, Fazrul, adiknya yang mengidap sawan itu dikatakan keluar rumah sejak Khamis lalu sebelum gagal dihubungi.

“Sehingga sekitar jam 11.45 pagi tadi, kami mendapat panggilan mengenai penemuan mayat berserta motosikal dalam parit itu,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata, mayat mangsa ditemukan dengan lengkap berpakaian dalam keadan terlentang.

“Sepasukan bomba dan penyelamat diketuai Ketua Balai Bomba Ayer Hitam, Mohd Shamin Mohd Salikin membantu mengeluarkan mayat mangsa dan motosikalnya.

“Berdasarkan keadaan mayat ditemui, mangsa dipercayai meninggal dunia lebih daripada sehari,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading