Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT DITEMBAK DI MACHANG

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT DITEMBAK DI MACHANG

MACHANG: Seorang pemilik bengkel kereta ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda dinaikinya dipercayai akibat ditembak dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam di Kampung Hutan Kuin, di sini.

Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan pada sebuah kenderaan pacuan empat roda yang melibatkan seorang lelaki pemilki bengkel kereta berusia 37 tahun yang maut ditembak dalam kejadian 5.30 petang tadi di Kampung Hutan Kuin. — Bernama

MACHANG: Seorang pemilik bengkel kereta ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda dinaikinya dipercayai akibat ditembak dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam di Kampung Hutan Kuin, di sini.

Bapa saudara mangsa, Zuki Ibrahim, 38, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian daripada isteri mangsa kira-kira 6 petang.

“Ketika mendapat panggilan tersebut (daripada isteri mangsa), saya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.

“Saya terus ke Hospital Machang, namun dimaklumkan mayat anak saudara saya masih berada di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Zuki berkata kali terakhir beliau bertemu anak saudaranya yang berusia 37 tahun itu kira-kira sebulan lepas.

“Saya dimaklumkan anak saudara yang tinggal di Pasir Puteh datang ke Machang untuk membeli alat ganti kenderaan untuk bengkelnya,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading