Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG PARAH SELEPAS MOTOSIKAL REMPUH KERETA PERONDA, CUBA ELAK ANJING MELINTAS

DALAM NEGARA

PENUNGGANG PARAH SELEPAS MOTOSIKAL REMPUH KERETA PERONDA, CUBA ELAK ANJING MELINTAS

Seorang individu cedera parah selepas motosikal ditanggangnya merempuh sebuah kereta peronda polis yang cuba mengelak anjing melintas di kilometer 10, Jalan Jeli-Dabong, semalam.

Sumber Gambar: IPK Kelantan

KOTA BHARU: Seorang individu cedera parah selepas motosikal ditanggangnya merempuh sebuah kereta peronda polis yang cuba mengelak anjing melintas di kilometer 10, Jalan Jeli-Dabong, semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata kejadian berlaku pada 9.30 malam apabila kereta peronda polis dari arah Kuala Balah ke Jeli cuba mengelak anjing yang secara tiba-tiba melintas dari kiri jalan, dirempuh sebuah motosikal di bahagian sisi kanan belakang kereta.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli dengan menelefon 09-9440222 bagi membantu siasatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading