Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu berjalan dengan baik termasuk di negeri yang dilanda banjir, dengan perancangan serta koordinasi baik antara kementerian dan agensi bagi memastikan tiada keciciran dalam peperiksaan itu.
KUALA LUMPUR: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu berjalan dengan baik termasuk di negeri yang dilanda banjir, dengan perancangan serta koordinasi baik antara kementerian dan agensi bagi memastikan tiada keciciran dalam peperiksaan itu.
Semalam, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang dijadualkan bermula hari ini hingga 5 Dis diteruskan, termasuk di sembilan negeri yang dilanda banjir dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung.
Di TERENGGANU, banjir yang masih berlarutan di negeri itu tidak merencatkan perjalanan Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang melibatkan 261 pelajar terkesan banjir, dengan kesemua pelajar telah dibawa daripada pusat pemindahan sementara (PPS) ke pusat peperiksaan alternatif.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Jelani Sulong berkata proses membawa pelajar terbabit bermula seawal 6 pagi tadi dengan bantuan pelbagai agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Perjalanan berjalan lancar mengikut prosedur Ops Payung yang dilaksanakan JPNT. Seramai 261 pelajar yang berada di PPS selamat tiba di pusat peperiksaan alternatif pagi ini.
“Ada pelajar yang berpakaian sekolah, baju sukan dan pakaian biasa yang sopan. Apa juga pakaian, mereka tetap ceria dan tampak bersemangat untuk menduduki peperiksaan,” katanya yang turut melakukan tinjauan di pusat peperiksaan alternatif, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mizan, Kuala Nerus pagi tadi.
Jelani berkata sebanyak 18,907 calon SPM termasuk 1,734 calon yang terkesan banjir akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
Di KELANTAN, seramai 144 calon SPM di SMK Kuala Krai hadir menjalani perperiksaan meskipun kawasan mereka terjejas akibat banjir.
Sebelum ini, pihak sekolah telah memaklumkan kepada ibu bapa supaya semua calon SPM ditempatkan di asrama sekolah berkenaan kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku semasa banjir melanda.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan turut membantu melancarkan perjalanan peperiksaan seperti di Tumpat, dengan membawa 37 guru mengambil kertas soalan peperiksaan di bilik kebal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat menaiki lori bomba, susulan beberapa laluan ke sekolah terlibat dilimpahi air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Di NEGERI SEMBILAN, Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Putra Hashim berkata kesemua calon hari ini tidak menghadapi sebarang masalah susulan bencana banjir, dengan 28 calon sebelum ini yang ditempatkan di PPS telah pulang ke rumah setelah keadaan pulih di kawasan mereka.
“Jadi secara keseluruhannya ia berjalan lancar, tiada yang terjejas,” katanya dan menambah seramai 16,125 calon menduduki UBBM di negeri ini terdiri daripada calon sekolah daripada KPM, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), persendirian dan swasta.
Peperiksaan SPM 2024 yang bermula hari ini hingga 6 Feb 2025 melibatkan 402,956 calon dan membabitkan 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Di PAHANG, 37 pelajar daripada 20,404 calon SPM di negeri itu terjejas banjir dan telah dibantu untuk menduduki pemeriksaan berkenaan, menurut Pengarah Pendidikan Pahang Amzan Abd Malek.
“Pagi ini, Pahang hanya menghadapi gangguan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Lipis yang ditenggelami air, namun tidak menjejaskan perjalanan pemeriksaan.
“Di samping itu, 12 petugas peperiksaan yang terkandas laluan akibat banjir ke Sekolah Menengah Agama Al-Basriah dan SMK Kuala Tembeling juga, telah dibantu Angkatan Pertahanan Awam untuk ke destinasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Manakala di KEDAH, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Ruji Ubi berkata seramai 28,953 calon mengambil peperiksaan itu dan lebih 530 calon yang dikenal pasti terjejas akibat bencana banjir, ditempatkan di asrama bagi memudahkan mereka mengambil peperiksaan.
Calon SPM, Nur Awatif Solehah Mohd Amir, 17, dari Taman Kancil di sini berkata segala persiapan untuk menduduki peperiksaan tidak terjejas, walaupun rumahnya dinaiki air Jumaat lepas.
Beliau yang kini berpindah ke asrama bagi memudahkan urusan untuk ke tempat peperiksaan, mengakui semuanya berjalan lancar bagi ujian pagi tadi.
Hairy Fezry Salary, 17, dari Kampung Alor Ganu di sini pula berkata: “Walaupun banjir, kena berpindah ke asrama, tiada sebarang kesukaran yang saya hadapi untuk fokus kepada pelajaran, ujian lisan pun semuanya lancar dan baik tanpa sebarang masalah”.
Sementara itu, di PERLIS, Pengarah Pendidikan negeri Rose Aza Che Arifin memaklumkan ujian bertutur Bahasa Melayu untuk SPM berlangsung dengan lancar, malah tiada calon SPM di negeri itu menghadapi kekangan untuk menduduki ujian bertutur peperiksaan itu hari ini.
Seorang calon yang terjejas banjir, Muhammad Amirul Alif turut menzahirkan rasa syukur kerana semua keperluan untuk menghadapi peperiksaan itu mencukupi dan keluarga beliau juga telah dibenarkan pulang ke rumah dari pusat pemindahan banjir selepas air mula surut semalam. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager