Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL BUAT POLISI LARANG AZAN KERANA GANGGU PENDATANG ISRAEL

DUNIA

ISRAEL BUAT POLISI LARANG AZAN KERANA GANGGU PENDATANG ISRAEL

Ben-Gvir berkata beliau berbangga untuk memperkenalkan dasar pengharaman azan umat Islam, yang biasanya berkumandang sekitar tiga minit, mengatakan ia adalah “bahaya” bagi warga Israel yang tinggal berhampiran masjid.

Foto AFP

BAITULMAQDIS: Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben Gvir memperkenalkan polisi baharu yang melarang azan dengan mendakwa bunyi dari masjid akan ‘mengganggu’ pendatang haram Israel.

Ben-Gvir berkata dasar itu diperkenalkan bersama menteri pelampau Idit Silman berkata azan oleh masjid adalah ‘bunyi yang tidak munasabah’ dan membenarkan laungan azan diteruskan adalah petanda ‘pelanggaran undang-undang’, lapor The New Arab.

Dalam catatan di sosial media X, Ben-Gvir berkata beliau berbangga untuk memperkenalkan dasar pengharaman azan umat Islam, yang biasanya berkumandang sekitar tiga minit, mengatakan ia adalah “bahaya” bagi warga Israel yang tinggal berhampiran masjid.

Saluran 12 Israel melaporkan bahawa menteri pelampau itu telah meminta polis untuk menguatkuasakan arahannya dengan memasuki kawasan masjid, merampas pembesar suara dan mengeluarkan denda.

Pemimpin Senarai Arab Bersatu, Mansour Abbas, berkata Ben-Gvir berusaha menghidupkan api dan mengheret warga Arab Muslim untuk bertindak balas terhadap provokasinya.

“Dia gagal di Masjid Al-Aqsa dan hari ini cuba memprovokasi semua masjid. Ben Gvir sentiasa cuba mensabotaj kehidupan biasa di negara ini, dan sudah tiba masanya untuk menamatkannya,” katanya dalam kenyataan di laman X.

Dasar itu turut dikutuk oleh pembangkang Israel, MK Gilad Kariv dengan berkata menteri bermasalah itu membahayakan Israel, mengatakan dia melakukan segala-galanya untuk menyalakan api.

Ben-Gvir mengetuai salah satu daripada dua parti dalam parlimen gabungan Israel dan terkenal dengan kenyataan yang menghasut, malah yang bercanggah dengan kerajaan sayap kanan Israel, seperti mengubah status quo akses dan kawalan ke atas pekarangan Masjid Al Aqsa.

Menteri itu juga menimbulkan kemarahan kerana mengetuai serbuan dengan beribu-ribu warga Israel, pelampau dan peneroka Yahudi melakukan ritual di masjid suci umat Islam itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading