UJIAN LISAN BAHASA MELAYU DI SELURUH NEGARA BERJALAN DENGAN LANCAR, BAIK – FADHLINA
Perjalanan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
PASIR MAS: Perjalanan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata tidak ada calon SPM termasuk di negeri terjejas akibat banjir, tercicir daripada menduduki peperiksaan itu.
“Alhamdulillah, semalam 100 peratus pemindahan calon-calon SPM secara besar-besaran dapat dilaksanakan bersama agensi-agensi keselamatan.
“Kita doakan agar anak-anak kita dapat mengharungi peperiksaan SPM ini dengan baik, insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat situasi perjalanan SPM di negeri terjejas di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, di sini, hari ini.
“Saya ingin menegaskan bahawa proses pemindahan pelajar-pelajar di negeri-negeri terjejas banjir berjaya dilaksanakan dan kini mereka telah ditempatkan di asrama yang jauh lebih baik dan kondusif.
“Ini termasuk calon-calon SPM yang tidak boleh pulang ke negeri asal dan mereka bebas memilih mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan,” katanya sambil menambah sebanyak 37 pusat peperiksaan SPM di Kelantan, telah menjalankan operasi seperti biasa.
Fadhlina berkata segala kemudahan asrama telah dilengkapi dengan semua kapasiti seperti buku-buku, akses kepada komputer dan Internet serta makanan.
Beliau berkata kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar sekolah menjadi tumpuan KPM dan pada fasa dua ini, KPM memfokuskan memberi sokongan psikososial kepada mereka.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai kerosakan infrastruktur sekolah akibat banjir, Fadhlina berkata kementeriannya telah ada peruntukan bencana untuk perkara berkenaan.
“Sekarang kita sedang menunggu laporan kerosakan infrastruktur sekolah daripada PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan ia dalam pemantauan kami.
“Kesemua kerosakan infrastrukur sekolah ini akan dibaiki sebelum sesi persekolahan bermula bagi memberi keselesaan kondusif kepada anak-anak kita,” katanya.
Selain itu, mengulas mengenai Ops Payung, Fadhlina berkata operasi berkenaan bergerak di semua situasi dan kementeriannya sedang memperkemas serta menambah baik SOP, termasuklah cadangan untuk memberi jaket keselamatan dan bot kepada warga pendidik sekiranya cuaca di luar jangka berlaku di sekolah mereka.
Terdahulu, Fadhlina bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz, melakukan lawatan dan meninjau asrama pelajar sekolah di SMK Sri Kiambang yang dilanda banjir. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests