TIADA KEPERLUAN TANGGUH SPM, KPM ADA MEKANISME LENGKAP TANGANI ISU BANJIR
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekohan Malaysia (STPM) tidak perlu ditangguh atau ditunda, kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai mekanisme yang lengkap dalam menangani isu pelajar terkesan dengan banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan (dua, kiri) meninjau peralatan dan perabot di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Hulu Besut yang ditenggelami banjir Rabu lepas ketika lawatan beliau di sekolah terbabit hari ini. SMK Bukit Payong antara sekolah yang mempunyai calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas dalam Monsun Timur Laut (MTL) kali ini namun semua calon SPM dapat menduduki Ujian Lisan Bahasa Melayu yang bermula hari ini. — fotoBERNAMA
JERTIH: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekohan Malaysia (STPM) tidak perlu ditangguh atau ditunda, kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai mekanisme yang lengkap dalam menangani isu pelajar terkesan dengan banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata melalui prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung, KPM yakin isu melibatkan pelajar yang menduduki peperiksaan ketika bencana tersebut dapat diuruskan dengan baik.
“Kita ada pekeliling berkaitan SOP Ops Payung dalam melaksanakan mekanisme berkaitan kesiapsiagaan menangani MTL, yang dihadapi hampir setiap tahun di seluruh negara khususnya di negeri Pantai Timur.
“Jadual telah disusun sebaik-baiknya dengan mengambil kira pelbagai perkara termasuk kemungkinan banjir. Kalau kita buat penangguhan, ia akan menjejaskan banyak perkara lain termasuk kemasukan pelajar ke universiti,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses pembersihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong di Hulu Besut dekat sini, yang sebelum ini dinaiki air.
Sementara itu Azman berkata KPM akan mengenal pasti jumlah kerosakan di 132 sekolah di seluruh negara yang terjejas dalam banjir kali ini.
Beliau berkata buat masa ini, KPM masih menunggu laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri yang akan turun padang ke setiap sekolah terkesan, bagi menilai jumlah kerosakan.
Dalam perkembangan sama Azman berkata setakat ini hanya Sekolah Kebangsaan Tembila di Besut yang masih digenangi air, manakala 28 sekolah lagi di Terengganu yang dilanda banjir sedang melalui kerja-kerja pembersihan pascabanjir. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests