PERANCIS TUMPASKAN MAGHRIBI, JUMPA ARGENTINA DI PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA

KUALA LUMPUR: Perancis berjaya tumpaskan Maghribi dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 dengan 2-0, hari ini.
Perancis memperoleh gol pertama seawal minit kelima menerusi Theo Hernandez, manakala gol kedua diperoleh hasil penyudah cantik Randal Kolo Muani pada minit ke-79 selepas menerima bola hasil gerakan cantik Kylian Mbappe.
Dengan kejayaan tersebut Perancis akan berdepan dengan Argentina pada perlawanan akhir yang dijadualkan 18 Disember 2022.—AlHijrah Online
MENYUSUL LANJUT