Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘PERGI DALAM SUJUD SOLAT DHUHA’

DALAM NEGARA

‘PERGI DALAM SUJUD SOLAT DHUHA’

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan bersujud di rumahnya di Segambut pada Isnin.

Allahyarham Shukri Sulaiman, 51, dipercayai sedang solat Dhuha sebelum ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira jam 10 pagi.

Beliau yang bekerja sebagai Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan sedang dalam cuti sakit kerana demam sejak beberapa hari lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, rakan mangsa yang ingin menghantar makanan gagal menghubungi Allahyarham Shukri dan meminta bantuan jiran untuk masuk ke rumah kakitangan KWSP itu.

Mangsa yang berjubah putih kemudian ditemui tidak sedarkan diri di biliknya dalam keadaan sujud.

Jenazah Allahyarham Shukri dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading