DICULIK SERTA DISEKSA, FAWAZ KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA

DAMSYIK: Kanak-kanak lelaki warga Syria, Fawaz Al-Qutayfan, 6, yang dilaporkan diculik serta diseksa sejak tiga bulan lalu, telah dibebaskan.

Pihak berkuasa Deraa memaklumkan penculikan Fawaz yang mencetuskan kemarahan antarabangsa itu dilepaskan sebaik sahaja keluarganya membayar wang tebusan, bernilai AS$200,000 (RM838,300).

Difahamkan penculik membebaskan kanak-kanak lelaki itu selepas ibu bapanya hadir dengan membawa wang tebusan yang diperoleh selepas menjual tanah dan emas.

Fawaz bersama bapanya.

Namun, empat suspek kes tersebut berjaya ditahan polis tempatan dengan kerjasama Polis Antarabangsa (Interpol) hasil pemantauan nombor antarabangsa yang digunakan penculik untuk berkomunikasi dengan keluarga kanak-kanak itu.

Suspek ditahan di kampung Al Katibah di kawasan pedalaman Daraa selepas diserbu pihak berkuasa.

Fawaz bersama ahli keluarganya.

Sebelum ini tular di media sosial video kanak-kanak lelaki itu berseluar dalam, merayu kepada penculiknya supaya berhenti memukulnya.

Video itu mengundang rasa simpati masyarakat dunia hingga tercetus kempen solidariti #SaveFawaz. –AlHijrah Online

Leave a Reply