Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUFTI WILAYAH JADI PANEL SESI DISKUSI BERSAMA TOKOH PEMIKIR ISLAM

DALAM NEGARA

MUFTI WILAYAH JADI PANEL SESI DISKUSI BERSAMA TOKOH PEMIKIR ISLAM

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah telah dijemput mewakili Malaysia sebagai salah seorang ahli panel dalam sesi diskusi bersama tokoh-tokoh pemikir Islam pada Persidangan Antarabangsa anjuran Kementerian Waqaf Mesir, di Kaherah baru-baru ini.

Menurut kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, persidangan tahunan kali ke-32 itu menghimpunkan para mufti serta tokoh pemikir dan cendekiawan Islam daripada lebih 50 negara.

“Dr Luqman berkongsi formula dan kisah pengalaman Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang aman dan sejahtera walaupun mempunyai rakyat berbilang kaum dan kepercayaan.

“Asas hubungan berdasarkan prinsip kesejahteraan hidup dan keselamatan dapat menjamin rakyat hidup dalam suasana aman sejahtera dan mengelakkan keganasan serta pertumpahan darah yang boleh meruntuhkan negara,” katanya.

Jelasnya, konsep tiada paksaan dalam konteks seruan dakwah kepada mereka yang bukan beragama Islam termasuk asas saling menghormati dapat membawa persefahaman dan perpaduan dalam negara.

Perkongsian yang disampaikan Dr Luqman mendapat perhatian serta ucapan tahniah daripada beberapa perwakilan asing antaranya Amerika Syarikat, Australia, Chad dan Kazakhstan.

Turut mewakili Malaysia Timbalan Mufti Wilayah Jamali Mohd Adnan dalam persidangan yang sama.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading