Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA DIDAKWA BUNUH BAYI SENDIRI

DALAM NEGARA

REMAJA DIDAKWA BUNUH BAYI SENDIRI

KEMAMAN: Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pagi tadi, atas tuduhan membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya pada minggu lepas.

Tertuduh yang berusia 15 tahun, didakwa dengan sengaja telah membunuh bayi yang dilahirkannya di sebuah rumah di Seri Bandi, antara pukul 7 hingga 9 pagi, 8 Februari lepas.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman, manakala remaja terbabit diwakili peguam Nuraine Haziqah Shafii.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman tidak membenarkan ikat jamin terhadap remaja itu dan menetapkan 16 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam kejadian minggu lalu, polis menemui seorang bayi yang baru dilahirkan maut dipercayai ditikam dengan objek tajam di bahagian dada di rumah yang didiami remaja itu.

Remaja tersebut dipercayai melahirkan bayi itu dengan bantuan seorang rakan sebelum rakannya memaklumkan kelahiran bayi tersebut kepada klinik berdekatan.

Jenazah bayi lelaki seberat 2.46 kilogram tersebut selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Bandi jam 11.05 pagi semalam. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading