Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TUJUH RAKYAT MALAYSIA DIBENAR MASUK FILIPINA

DALAM NEGARA

TUJUH RAKYAT MALAYSIA DIBENAR MASUK FILIPINA

KUALA LUMPUR: Kesemua tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino sudah dibenarkan untuk memasuki Filipina.

Sebelum ini, mereka dilarang untuk memasuki Filipina akibat kelayakan sijil vaksin COVID-19 digital mereka tidak diiktiraf di negara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN – SIJIL VAKSIN: KEDUTAAN BANTU RAKYAT MALAYSIA TERKANDAS DI MANILA

“Sukacita Wisma Putra memaklumkan bahawa tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino telah dibenarkan memasuki Filipina, berikutan tindakan pantas Kedutaan Malaysia di Manila. Kudos team @myembasssymanila!,” menerusi ciapan Kementerian Luar (Wisma Putra).

Sebelum ini, media melaporkan 13 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Filipina kerana sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera tidak diterima sebagai bukti imunisasi lengkap vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, Wisma Putra mengesahkan jumlah rakyat Malaysia yang terkandas ialah seramai tujuh orang sahaja.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: SIJIL VAKSIN: KEDUTAAN BANTU RAKYAT MALAYSIA TERKANDAS DI MANILA – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading