KAHWIN GUNA SINDIKET SIAM UNDANG MASALAH JANGKA PANJANG – AHMAD MARZUK

KUALA KRAI: Pasangan yang ingin berkahwin dinasihatkan untuk tidak menggunakan sindiket perkahwinan di negara jiran, sebaliknya menggunakan saluran betul yang ditetapkan pihak berkuasa agama negeri dan wilayah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pasangan yang berkahwin di negara jiran berdepan pelbagai masalah dalam jangka masa panjang antaranya pengeluaran surat beranak dan pendaftaran persekolahan anak.

“Gunalah saluran yang betul dan mengikut undang-undang. Kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan lengkap, tidak perlu mencari sindiket perkahwinan di negara jiran,” katanya

Ahmad Marzuk berkata, keraguan mengenai keabsahan perkahwinan juga timbul apabila pasangan menggunakan sindiket haram.

“Perlu juga fikir dari sudut berpanjangan contoh daripada aspek pendaftaran anak dan sebagainya sekiranya perkahwinan itu tidak sah apabila menggunakan ejen atau sindiket perkahwinan.

“Gunalah jurunikah yang dilantik oleh pihak berkuasa agama negeri dan wilayah,” katanya.

Ahmad Marzuk ditemui media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Seragam Sekolah di Dataran Lemang, Manik Urai, di Kuala Krai hari ini. —AlHijrah Online

Leave a Reply