SIJIL VAKSIN: KEDUTAAN BANTU RAKYAT MALAYSIA TERKANDAS DI MANILA

PUTRAJAYA: Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Filipina kini sedang membantu 13 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila.
Menerusi ciapan di Twitter, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata Wisma Putra sedang berurusan dengan agensi berkaitan bagi memudahkan proses rakyat Malaysia yang terlibat untuk masuk ke negara tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN – TUJUH RAKYAT MALAYSIA DIBENAR MASUK FILIPINA
“Pihak Kementerian Luar juga sedang berurusan dengan agensi berkaitan bagi memudahkan proses ini berjalan lancar,” katanya, hari ini.
Semalam, media melaporkan 13 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Filipina.
Berdasarkan laporan rakyat Malaysia yang terlibat dilarang masuk ke Filipina kerana sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera tidak diterima sebagai bukti imunisasi lengkap vaksin COVID-19. —AlHijrah Online
Pingback: TUJUH RAKYAT MALAYSIA DIBENAR MASUK FILIPINA – ALHIJRAH ONLINE