Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI SAKIT MENTAL LIBAS EMPAT POLIS GUNA PARANG, KERAMBIT

DALAM NEGARA

LELAKI SAKIT MENTAL LIBAS EMPAT POLIS GUNA PARANG, KERAMBIT

Empat pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat cedera selepas dilibas parang dan kerambit oleh seorang lelaki yang dipercayai pesakit mental.

TUMPAT: Empat pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat cedera selepas dilibas parang dan kerambit oleh seorang lelaki yang dipercayai pesakit mental.

Kejadian berlaku di Kampung Sedar, di sini malam kelmarin dan suspek telah ditahan reman.

Antara kecederaan dialami mangsa ialah luka sepanjang sembilan sentimeter di belakang kepala, luka di tangan dan cedera ringan di belakang badan.

Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Mohd Azmir Damiri berkata, mangsa yang masing-masing berusia 20-an hingga 30-an itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah.

“Pada jam 8.30 malam Sabtu lalu, kami menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki dipercayai sakit mental mengamuk dan pegawai serta anggota terbabit bergegas ke lokasi untuk membuat tangkapan segera.

“Ketika proses tangkapan itu, suspek yang bersenjata sebilah parang dan kerambit bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan.

“Dalam pergelutan itu, semua mangsa mengalami kecederaan termasuk dua agak parah dan menerima jahitan akibat terkena libasan suspek yang berada di bawah pengaruh dadah itu,” katanya.

Sebilah parang berukuran 23.5 inci serta sebilah kerambit tujuh sentimeter telah berjaya dirampas polis.

Sementara itu, ujian saringan mendapati suspek yang memiliki kad pesakit mental itu positif dadah jenis methampethamine.

Suspek juga memiliki satu rekod lampau di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan curi kenderaan.

Lelaki itu direman empat hari mulai semalam hingga 16 Februari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 353 KK serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading