Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU DIBURU POLIS GARA-GARA TUNJUK GARI

DALAM NEGARA

PEMANDU DIBURU POLIS GARA-GARA TUNJUK GARI

KUALA LUMPUR: Tular di media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan kejadian perselisihan faham melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Berdasarkan hantaran yang tular, pemandu kenderaan jenis Proton Persona menunjukkan gari kepada sebuah kenderaan lain dipercayai gara-gara tidak diberi laluan.

ARTIKEL BERKAITAN – PEMANDU TUNJUK GARI DISAHKAN ANGGOTA POLIS

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata polis kini mengesan individu yang terlibat dan siasatan akan dijalankan berkenaan kejadian tersebut.

Noor Dellhan berkata individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak melakukan apa-apa perkara serta tindakan yang menyalahi undang-undang.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: PEMANDU TUNJUK GARI DISAHKAN ANGGOTA POLIS – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading