Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU TUNJUK GARI DISAHKAN ANGGOTA POLIS

DALAM NEGARA

PEMANDU TUNJUK GARI DISAHKAN ANGGOTA POLIS

Pemandu kereta yang menunjukkan gari kepada pemandu lain dipercayai gara-gara tidak diberi laluan, disahkan seorang anggota polis.

KUALA LUMPUR: Pemandu kereta yang menunjukkan gari kepada pemandu lain dipercayai gara-gara tidak diberi laluan, disahkan seorang anggota polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, pemandu tersebut merupakan anggota berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

“Saya mengesahkan anggota itu dari IPD Wangsa Maju berpangkat Lans Koperal.

“Siasatan tatatertib telah dibuka atas salah laku dari aspek disiplin dan integriti,” katanya, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN – PEMANDU DIBURU POLIS GARA-GARA TUNJUK GARI

Isnin lalu, AlHijrah Online melaporkan video memaparkan kejadian perselisihan faham melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Dalam video tersebut, pemandu kenderaan jenis Proton Persona menunjukkan gari kepada sebuah kenderaan lain dipercayai gara-gara tidak diberi laluan.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata polis kini mengesan individu yang terlibat dan siasatan akan dijalankan berkenaan kejadian tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: PEMANDU DIBURU POLIS GARA-GARA TUNJUK GARI – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading