KUOTA JEMAAH HAJI, MALAYSIA TUNGGU KEPUTUSAN RASMI ARAB SAUDI

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung status ibadah haji termasuk kuota dan kriteria pemilihan jemaah belum diputuskan secara rasmi daripada kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini belum dipanggil untuk menghadiri sebarang mesyuarat berhubung perkara tersebut.

“Menteri Haji Arab Saudi belum lagi panggil semua negara untuk kita bincang dan kita akan maklumkan setelah kita dapat keputusan daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, TH akan kekal menggunakan sistem penggiliran dengan memberi keutamaan kepada jemaah haji tahun 2020 dan 2021.

Malaysia tidak menghantar rombongan jemaah haji untuk dua musim sejak 2020 susulan penularan jangkitan COVID-19.

Pada musim haji 2021, Arab Saudi memutuskan untuk membuka semula ibadah haji dengan mengehadkan kepada rakyat negara itu, termasuk rakyat negara lain yang menetap di Arab Saudi.—AlHijrah Online

Leave a Reply