PERJUMPAAN DENGAN HAMAS UNTUK WUJUDKAN PENYELESAIAN SECARA AMAN – PM ANWAR
“Adakah itu satu kesalahan? Adakah saya menggalakkan keganasan? Tidak. Saya merayu kerana saya ada kelebihan, apa kelebihan saya? Saya kenal mereka, mereka anggap saya kawan.”
Perjumpaan dengan ketua biro politik Hamas Ismail Haniyeh dan bekas pengerusi Hamas Khalid Meshaal pada 13 Mei lepas, merupakan perjumpaan kali pertama Anwar dengan mereka sebagai perdana menteri. –foto PMO
TOKYO: Perdana Menteri Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi kenyataannya bahawa pertemuan beliau dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh dan Khalid Meshaal di Doha, Qatar minggu lepas adalah bagi memujuk mereka untuk tampil penyelesaian secara aman terhadap konflik di Gaza.
“Saya sudah kenal mereka (pemimpin Hamas) selama beberapa dekad dan tidak ada sebab mengapa kita tidak perlu bertemu dengan mereka. Saya katakan kepada mereka, sila hormati keputusan negara-negara jiran anda dan cuba untuk capai keamanan, pertukaran tahanan dan terima penyelesaian dua negara.
“Adakah itu satu kesalahan? Adakah saya menggalakkan keganasan? Tidak. Saya merayu kerana saya ada kelebihan, apa kelebihan saya? Saya kenal mereka, mereka anggap saya kawan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai pertemuannya dengan Haniyeh dan Meshaal baru-baru ini di Qatar pada sesi soal jawab semasa Forum Masa Depan Asia ke-29 Nikkei di sini hari ini.
“Situasi Gaza adalah krisis kemanusiaan pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Marilah kita melihatnya dalam konteks ini. Jangan hiraukan perbezaan dari segi ideologi atau hubungan dua hala dengan negara lain.
“Bolehkah kita dalam tempoh dan zaman ini menerima sahaja dan membutakan mata daripada melihat kekejaman luar biasa ini? Kita boleh terus berbincang mengenai apa yang berlaku pada 7 Okt, tapi jangan dipadamkan (kekejaman) tujuh dekad sejak zaman Nakba pada 1948.
“Sebab itu saya tegaskan bahawa kita cari resolusi aman, menyokong pendirian yang diambil oleh negara Islam jiran dan masyarakat antarabangsa, memaksa kedua-dua pihak menerima keamanan dan penyelesaian dua negara.
“Apa yang penting sekarang ialah menghentikan pembunuhan, berhenti menembak wanita dan kanak-kanak, hentikan pemusnahan hospital, sekolah, gereja, masjid,” katanya.
Sejak konflik Israel-Hamas memuncak kembali pada Okt lepas, lebih 36,000 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, dengan hampir 25,000 daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.
Perjumpaan dengan ketua biro politik Hamas Ismail Haniyeh dan bekas pengerusi Hamas Khalid Meshaal pada 13 Mei lepas, merupakan perjumpaan kali pertama Anwar dengan mereka sebagai perdana menteri.
Anwar pernah berjumpa dengan pemimpin Hamas itu dua kali sebelum ini, pada 2019 dan 2020.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada 14 Nov 2018 berkata Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa penyelesaian dua negara, dengan rakyat Palestin dan Israel hidup berjiran secara aman berdasarkan persempadanan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin, adalah satu-satunya penyelesaian kepada konflik Palestin-Israel. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager