Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERKHIDMATAN MAKAN DALAM KENDERAAN TIDAK DIBENARKAN

DALAM NEGARA

PERKHIDMATAN MAKAN DALAM KENDERAAN TIDAK DIBENARKAN

KUCHING: Polis Sarawak memandang serius inisiatif baharu pengusaha makanan yang menyediakan perkhidmatan ‘park-and-dine’ dalam kenderaan di negeri itu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail menegaskan perkhidmatan itu tidak dibenarkan malah ia melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.

“Apa yang dibenarkan ialah pelanggan buat belian bungkus tanpa ada layanan sehingga ke kenderaan.

“Boleh makan dalam kenderaan tetapi tidak dibenarkan ada layanan daripada pihak restoran bawa makanan kepada mereka kemudian bekas itu dipulangkan kepada pihak restoran,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai inisiatif baharu ‘park-and-dine’ yang menggantikan perkhidmaan makan di restoran ekoran SOP diketatkan untuk mengekang penularan COVID-19 di Sarawak.

Aidi berkata walaupun ia disifatkan pendekatan atau inisiatif yang diusahakan peniaga tetapi SOP yang ditetapkan perlu difahami dengan jelas. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading