Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SIAK MENINGGAL DUNIA SELEPAS REBAH, MASJID AL-HIDAYAH DITUTUP

DALAM NEGARA

SIAK MENINGGAL DUNIA SELEPAS REBAH, MASJID AL-HIDAYAH DITUTUP

BALIK PULAU: Masjid Al-Hidayah ditutup sementara waktu susulan seorang siak di masjid berkenaan meninggal dunia.

Warga emas berusia 67 tahun yang dipercayai demam itu rebah ketika hendak mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Bayan Lepas.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang lengkap dengan pakaian perlindungan (PPE) bergegas ke klinik berkenaan bagi membawa jenazah mangsa ke Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt. AA Anbalagan mengesahkan kejadian tersebut bagaimanapun belum mengenal pasti kematian lelaki tersebut ada kaitan dengan COVID-19 atau sebaliknya.

Katanya ujian saringan kedua akan dijalankan kepada mangsa bagi mengesahkan sama ada dijangkiti COVID-19 atau tidak.

“Seperti yang disarankan pihak pengurusan masjid, kita berharap jemaah yang lain terutamanya yang ada kontak rapat dengan siak masjid berkenaan untuk membuat ujian saringan COVID-19,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading