Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA MUNGKIN CAPAI IMUNITI KELOMPOK PADA AKHIR TAHUN

DALAM NEGARA

MALAYSIA MUNGKIN CAPAI IMUNITI KELOMPOK PADA AKHIR TAHUN

GAMBAR: AFP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan keyakinan imuniti kelompok mungkin dapat dicapai menjelang akhir tahun 2021.

Katanya, perbincangan mengenai perolehan vaksin telah selesai dan Malaysia berjaya untuk mendapatkan bekalan lebih daripada 100 peratus penduduk Malaysia.

“Saya dimaklumkan bekalan sudah mula sampai dan berkemungkinan dapat selesai lebih awal. Sebelum ini dijadualkan tahun 2022 baru dapat selesai.

“Mungkin imuniti kelompok itu kita dapat capai 80 peratus yang sudah disuntik sebelum akhir tahun ini,” katanya dalam rancangan Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 yang disiarkan RTM malam ini.

Image

Tambah beliau jika program vaksinasi dapat diselesaikan dengan cepat, usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan rakyat dapat segera dilakukan.

Setakat ini katanya hampir sejuta rakyat Malaysia telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Dalam pada itu Muhyiddin memaklumkan, hospital dan klinik swasta selepas ini akan dibenar untuk mengedarkan vaksin COVID-19 yang akan mempercepatkan lagi proses vaksinasi kepada rakyat.

Kerajaan juga katanya tiada halangan jika kerajaan negeri berhasrat untuk membuat pembelian vaksin namun perlu mendapatkan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading