Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

13 INDIVIDU DIKOMPAUN, ALASAN PASANG BENDERA PALESTIN

DALAM NEGARA

13 INDIVIDU DIKOMPAUN, ALASAN PASANG BENDERA PALESTIN

SUNGAI PETANI: Polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Jeniang, Gurun, selepas mendapati seramai 13 individu berkumpul dan mengadakan mesyuarat untuk memasang bendera Palestin, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah Berkata, kesemua mereka didapati berkumpul tanpa penjarakan fizikal.

Menurutnya, semasa serbuan dilakukan, seramai 10 lelaki dan tiga wanita berusia antara 27 hingga 45 tahun sedang makan dan bersembang di dalam rumah tersebut, tanpa penjarakan sosial.

Kesemua suspek memberi alasan hendak memasang bendera Palestin, namun hasil pemeriksaan mendapati tiada bendera di rumah berkenaan.

Adzli mengulas, mereka dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kompaun tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari bermula tarikh kompaun dikeluarkan di Pusat Kesihatan Daerah (PKD).—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading