MKN BELUM BENARKAN PERKHIDMATAN ‘PARK-AND-DINE’

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan ‘park-and-dine’ dalam kenderaan yang dikatakan inisiatif pengusaha makanan berniaga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak dibenarkan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum mengeluarkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) yang membenarkan premis makanan menyediakan perkhidmatan tersebut.

“Jadi setakat ini selagi belum ada keputusan atau SOP baharu tentang ini (sediakan perkhidmatan ‘dine-in’ di dalam kenderaan) memang tidak bolehlah buat masa sekarang,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2021 secara maya, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai inisiatif baharu ‘park-and-dine’ susulan larangan perkhidmatan makan di restoran kerana pelaksanaan PKP yang ketat. — AlHijrah Online

Leave a Reply