Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERLUAS INDUSTRI HALAL MALAYSIA MELANGKAUI PENSIJILAN

DALAM NEGARA

PERLUAS INDUSTRI HALAL MALAYSIA MELANGKAUI PENSIJILAN

“Kita harus memandang serius bagaimana kita boleh angkat supaya kita dapat betul-betul menjadi pusat kegiatan industri halal termasuk kewangan Islam secara menyeluruh mengikut matlamat Maqasid Syariah.”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada perasmian Penang International Halal Expo (PIHEX) 2024 di tapak parkir Gravitas hari ini. — fotoBERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Malaysia mempunyai kekuatan dalam industri halal dan ia perlu diperluas melangkaui aspek pensijilan semata-mata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.

“Industri halal tidak hanya terhad kepada penyembelihan daging, malah ia turut berkaitan dengan sektor pembuatan, kosmetik dan sebagainya.

“Kita harus memandang serius bagaimana kita boleh angkat supaya kita dapat betul-betul menjadi pusat kegiatan industri halal termasuk kewangan Islam secara menyeluruh mengikut matlamat Maqasid Syariah,” katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang, di sini hari ini.

Dalam hal ini, Anwar berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan lain termasuk Halal Development Corporation, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) supaya pengertian berkenaan industri ini lebih lengkap dan mantap khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana.

Beliau berkata dalam lawatannya ke pelbagai negara baru-baru ini, termasuk negara Islam dan bukan Islam, semua pemimpin negara berkenaan mahu bekerjasama dengan Malaysia untuk membangunkan industri halal mereka. 

Perdana Menteri berkata Malaysia sudah mempunyai kekuatan dalam pensijilan halal dan ia diiktiraf di seluruh dunia.

Anwar berkata industri halal mempunyai faktor tarikan pada peringkat antarabangsa kerana pengertiannya sudah mencapai tahap global, justeru berupaya menjana kegiatan ekonomi.

Penganjuran Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang yang bermula 5 hingga 8 Dis di Gravitas di Jalan Baru, di sini melibatkan 200 pempamer yang terdiri daripada usahawan tempatan, usahawan luar negara, jabatan dan agensi kerajaan serta institusi perbankan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading