PERMOHONAN ISMANIRA TANGGUH HUKUMAN PENJARA DITOLAK, ZAIM GAGAL KAWAL EMOSI
Suasana di galeri awam bertukar tegang selepas prosiding pembelaan kes pengabaian Zayn Rayyan Abdul Matin sebaik Hakim Dr Syahliza Warnoh menolak permohonan ibu kanak-kanak itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadapnya.
PETALING JAYA: Suasana di galeri awam bertukar tegang selepas prosiding pembelaan kes pengabaian Zayn Rayyan Abdul Matin sebaik Hakim Dr Syahliza Warnoh menolak permohonan ibu kanak-kanak itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadapnya.
Suami kepada Ismanira Abdul Manaf, Zaim Ikhwan Zahari dilihat gagal mengawal emosi dan terus berdiri sambil menyatakan “semoga Allah laknat” hingga terpaksa ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga dan ibu bapanya.
Dia kemudiannya dibawa keluar dari kamar mahkamah manakala Ismanira, 30, yang berada di kandang tertuduh kelihatan sebak semasa mahkamah membuat keputusan itu sambil meminta suaminya bertenang.
Mahkamah Sesyen di sini sebelum itu menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguh hukuman penjara lima tahun terhadap Ismanira setelah didapati bersalah mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu hingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lepas.
Hakim Syahliza berkata tiada keadaan khas dan luar biasa bagi membolehkan mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap wanita berkenaan.
“Setelah meneliti dan menimbangkan hujahan pembelaan dan pendakwaan, mahkamah berpandangan alasan-alasan yang dikemukakan oleh pembelaan tidak terjumlah kepada keadaan khas atau luar biasa.
“Sabitan tertuduh telah disahkan oleh mahkamah ini dan tiada sebab meyakinkan saya untuk menangguhkan hukuman penjara yang telah diperintahkan terhadap tertuduh.
“Alasan dikemukakan terutamanya berhubung penjagaan anak keduanya adalah perkara peribadi tertuduh yang masih boleh diuruskan tertuduh dan ahli keluarganya…Oleh itu, permohonan tertuduh ditolak dan mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dengan serta-merta,” kata hakim itu.
Syahliza sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ismanira selepas didapati bersalah mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu hingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Sebelum itu, peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Ismanira berkata pihak pendakwaan tidak akan diprejudiskan sekiranya penggantungan pelaksanaan hukuman dibenarkan mahkamah.
“Mahkamah boleh menetapkan jaminan lebih tinggi berserta syarat lain jika penangguhan diberikan kepada anak guam. Jika rayuannya di Mahkamah Tinggi dibenarkan dan dia telah pun menjalani hukuman penjara, ia tidak adil buat tertuduh,” kata peguam itu.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi membantah permohonan peguam dengan alasan tiada keadaan khas atau luar biasa yang mewajarkan mahkamah membenarkan permohonan berkenaan.
“Rayuan tidak boleh menjadi alasan automatik untuk penangguhan pelaksanaan hukuman. Mahkamah mesti mempertimbangkan bahawa rayuan akan dibuat selepas tertuduh didapati bersalah.
“Jika seseorang didapati bersalah selepas perbicaraan penuh, pertimbangan yang berbeza mesti diberikan. Haknya sama sekali tidak akan terjejas jika penangguhan tidak diberikan kerana rayuan di Mahkamah Tinggi belum didengar atau diputuskan lagi,” katanya.
Pada 21 Julai lepas, Syahliza memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita itu manakala suaminya Zaim Ikhwan, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.
Mereka didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023 dan mayatnya ditemukan keesokannya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager