PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP DIBUKA 1 APRIL, PEMBAYARAN 20 APRIL

KUALA LUMPUR: Permohonan bagi pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuka bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022, secara dalam talian.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, permohonan tersebut kepada ahli KWSP di bawah umur 55 tahun.

Jelasnya, tempoh pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.

ARTIKEL BERKAITAN – KERAJAAN BENAR PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000
ARTIKEL BERKAITAN – PENGELUARAN KHAS RM10,000 YANG TERAKHIR – KWSP

“Ahli dibenarkan mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” katanya.—AlHijrah Online

Leave a Reply