Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN BENAR PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

DALAM NEGARA

KERAJAAN BENAR PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Bagaimanapun, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

ARTIKEL BERKAITAN – PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP DIBUKA 1 APRIL, PEMBAYARAN 20 APRIL
ARTIKEL BERKAITAN – PENGELUARAN KHAS RM10,000 YANG TERAKHIR – KWSP

Ismail Sabri berkata, berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Jelasnya, kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

ARTIKEL BERKAITAN – KWSP UMUM BUTIRAN PENGELUARAN KHAS RM10,000 DALAM MASA TERDEKAT – TENGKU ZAFRUL

“Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

“Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak,” katanya, hari ini.

Ismail Sabri berharap agar para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

3 Comments

3 Comments

  1. Pingback: KWSP UMUM BUTIRAN PENGELUARAN KHAS RM10,000 DALAM MASA TERDEKAT – TENGKU ZAFRUL – ALHIJRAH ONLINE

  2. Pingback: PENGELUARAN KHAS RM10,000 YANG TERAKHIR – KWSP – ALHIJRAH ONLINE

  3. Pingback: PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP DIBUKA 1 APRIL, PEMBAYARAN 20 APRIL – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading