Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGELUARAN KHAS RM10,000 YANG TERAKHIR – KWSP

DALAM NEGARA

PENGELUARAN KHAS RM10,000 YANG TERAKHIR – KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpendapat pengeluaran khas RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, merupakan yang terakhir di bawah insiatif pengeluaran khas.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpendapat pengeluaran khas RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, merupakan yang terakhir di bawah insiatif pengeluaran khas.

KWSP menyatakan kebimbangannya berhubung tahap simpanan persaraan pencarum pada hari tua mereka.

ARTIKEL BERKAITAN – KERAJAAN BENAR PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000
ARTIKEL BERKAITAN – PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP DIBUKA 1 APRIL, PEMBAYARAN 20 APRIL

“Tatkala negara sedang membangunkan semula ekonomi dan lebih ramai rakyat kembali bekerja, KWSP berpendapat bahawa pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas.

“KWSP ingin menekankan sekali lagi kebimbangannya mengenai kecukupan simpanan persaraan ahli dan berharap ini akan membawa ke arah pembinaan semula simpanan persaraan dan pembaharuan sistem keselamatan sosial negara,” dalam kenyataannya, hari ini.

Tambahnya, maklumat lanjut berkenaan kaedah permohonan pengeluaran khas tersebut serta mekanisme pembayaran akan dibuat KWSP dengan kadar segera.

Pengeluaran khas yang diumumkan Ismail Sabri hari ini merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada 2020, diikuti i-Citra pada Julai 2021 bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan pencarum semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setakat akhir 2021, sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan di bawah tiga pengeluaran tersebut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: KERAJAAN BENAR PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000 – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading