Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KWSP UMUM BUTIRAN PENGELUARAN KHAS RM10,000 DALAM MASA TERDEKAT – TENGKU ZAFRUL

DALAM NEGARA

KWSP UMUM BUTIRAN PENGELUARAN KHAS RM10,000 DALAM MASA TERDEKAT – TENGKU ZAFRUL

Butiran mengenai pengeluaran khas simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan diperincikan oleh KWSP dalam masa terdekat.

KUALA LUMPUR: Butiran mengenai pengeluaran khas simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan diperincikan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata KWSP juga akan mengumumkan langkah-langkah yang perlu bagi menangani isu dana persaraan ahlinya yang telah berkurangan.

ARTIKEL BERKAITAN – KERAJAAN BENAR PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Perdana Menteri dalam satu sidang media khas hari ini berkata kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP itu bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.

Ismail Sabri berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Beliau, bagaimanapun merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak dan berharap mereka membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik itu melanda negara dua tahun lepas.

Tiga program pengeluaran khas KWSP itu merupakan pengeluaran prapersaraan yang diperkenal sebagai langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik COVID-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: KERAJAAN BENAR PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000 – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading