Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PESAWAT AZERBAIJAN AIRLINES TERHEMPAS SAH RAGUT 38 NYAWA

DUNIA

PESAWAT AZERBAIJAN AIRLINES TERHEMPAS SAH RAGUT 38 NYAWA

ASTANA: Nahas pesawat berhampiran Aktau sah meragut 38 nyawa, menurut Marat Karabayev, Menteri Pengangkutan Kazakhstan, lapor Agensi Berita Azerbaijan (Azertac).

Lokasi pesawat Azerbaijan Airlines. — AFP

ASTANA: Nahas pesawat berhampiran Aktau sah meragut 38 nyawa, menurut Marat Karabayev, Menteri Pengangkutan Kazakhstan, lapor Agensi Berita Azerbaijan (Azertac).

“Terdapat 67 orang di dalam pesawat – 62 penumpang dan lima anak kapal. Malangnya, 38 orang terkorban dan 29 selamat,” jelas Karabayev semasa sidang media di Aktau.

Antara mangsa, 23 daripada 37 adalah warga Azerbaijan yang berada di dalam pesawat,  maut, manakala 14 lagi selamat. Semua tiga penumpang dari Kyrgyzstan terselamat. Daripada 16 warga Rusia, tujuh terkorban dan sembilan selamat. Semua enam warga Kazakhstan di dalam pesawat meninggal dunia.

Kru pesawat terdiri daripada lima anggota, dua terkorban manakala tiga selamat.

Pesawat milik Azerbaijan Airlines itu dalam penerbangan dari Baku ke Grozny ketika ia terhempas pada pagi Rabu berhampiran Aktau. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading