Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESAWAT KARGO TERPUTUS DUA KETIKA MENDARAT

DUNIA

PESAWAT KARGO TERPUTUS DUA KETIKA MENDARAT

COSTA RICA: Sebuah pesawat kargo terputus dua ketika membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santamaria di Costa Rica.

Gambar: AFP

COSTA RICA: Sebuah pesawat kargo terputus dua ketika membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santamaria di Costa Rica.

Pendaratan cemas itu dilapor terpaksa dilakukan berikutan pesawat berkenaan berdepan isu kegagalan fungsi sistem hidraulik.

Berdasarkan video yang berjaya dirakam, pesawat berkenaan tergelincir ketika melakukan pendaratan kecemasan hingga menyebabkan badan pesawat itu terputus dua.

Menurut pihak berkuasa tempatan, semua kru pesawat bagaimanapun berada dalam keadaan baik.

Sebelum kejadian, pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santamaria, di luar San Jose namun terpaksa berpatah balik selepas 25 minit berikutan kegagalan fungsi sistem hidraulik.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading