LELAKI DIPENJARA PANDU KERETA GUNA LALUAN MOTOSIKAL
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki memandu kereta secara melulu dengan menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan akhirnya membawa padah apabila dipenjara lima hari dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Pemandu Honda Civic R. Rhuobanraj, 30, (dua, kiri) dipenjara lima hari dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini. Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki memandu kereta secara melulu dengan menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan akhirnya membawa padah apabila dipenjara lima hari dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Amanina Mohamad Anuar memerintahkan R.Rhuobanraj, 30, menjalani hukuman itu bermula hari ini dan jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara empat bulan. Tertuduh membayar denda berkenaan.
Rhuobanraj didakwa memandu kereta dengan cara melulu dan berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain di Lebuhraya Persekutuan pada 5.30 petang, 17 Mac lepas mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun.
Terdahulu, Rhuobanraj yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan ketika kejadian dia tidak sengaja memasuki laluan motosikal selain menyesal atas perbuatan dilakukan.
“Saya tiada niat jahat untuk potong laluan. Saya tersilap masuk dan hanya dapat keluar dari laluan motosikal itu selepas dimaklumkan oleh seorang pak cik (penunggang motosikal) yang kemudian menunjukkan jalan keluar dari tempat kejadian.
“Saya tidak berapa pandai jalan di Kuala Lumpur. Saya bekerja di Bangsar dan terpaksa ulang-alik ke Seremban untuk menjaga ibu saya yang merupakan ibu tunggal yang tidak bekerja,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kesalahan tertuduh adalah serius yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain terutama penunggang motosikal. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests