Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKP 3.0: OPERASI PERNIAGAAN 8 PAGI HINGGA 8 MALAM SAHAJA

DALAM NEGARA

PKP 3.0: OPERASI PERNIAGAAN 8 PAGI HINGGA 8 MALAM SAHAJA

GAMBAR ARKIB OLEH MOHD RASFAN / AFP

KUALA LUMPUR : Kerajaan membuat ketetapan baharu dengan menghadkan waktu operasi perniagaan dari jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan itu akan berkuatkuasa mulai 25 Mei ini.

“Sekatan ini merupakan penambahan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah berkuatkuasa pada 12 Mei lepas. Tumpuan ketika itu lebih kepada sektor sosial. Kali ini sektor ekonomi pula,” katanya.

Ismail Sabri berkata  operasi perniagaan seperti kedai makan, kedai runcit, kedai serbaneka dan dobi yang sebelum ini dibenar beroperasi hingga jam 10 malam dihadkan sehingga 8 malam sahaja.

Farmasi katanya akan diberi pengecualian untuk kekal beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Sementara itu beliau juga mengumumkan sistem pengangkutan awam dihadkan kepada 50 peratus kapasiti.

Kerajaan juga katanya menetapkan 80 peratus pekerja sektor awam dan 40 peratus sektor swasta akan bekerja dari rumah sebagai usaha mengurangkan pergerakan rakyat bagi mengekang penularan COVID-19.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading