KUALA LUMPUR: Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Muhyiddin dalam kenyataan hari ini memaklumkan rantaian jangkitan COVID-19 hanya dapat diputuskan dengan menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan pergerakan yang lebih ketat.
Dengan pengumuman PKP, Muhyiddin berkata “Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.
“Semua bentuk perhimpunan sosial dilarang termasuk kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat, serta majlis rasmi kerajaan,” katanya.
Tambahnya bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu.
“Dine-in di restoran dan kedai makan adalah tidak dibenarkan. Penjualan makanan secara pandu lalu dan take-away adalah dibenarkan,” katanya
Sementara itu, beliau menegaskan, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.
“Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.
“Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat,” katanya.
Operasi rumah ibadah bukan Islam juga akan diperketatkan katanya.
Ujar Muhyiddin aktiviti sukan dan rekreasi tidak dibenarkan kecuali sukan dan rekreasi individu seperti jogging, berbasikal, dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal.
Semua institusi pendidikan juga diarah tutup namun pengecualian diberikan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa.
“Pusat Asuhan kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga,” katanya.
Kata Muhyiddin tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 seperti yang telah diumumkan sebelum ini.
Tarikh kuat kuasa bagi larangan dan arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.
Sepanjang tempoh itu, Muhyiddin berkata semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.