SARANAN SOLAT HAJAT BAGI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT PALESTIN

(GAMBAR: Mohd RASFAN / AFP)

KUALA LUMPUR: Semua masjid, surau Jumaat, dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran melaksanakan solat Hajat pada malam ini, 10 Mei 2021 (Isnin) selepas solat Isya’.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ia bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin dari kezaliman tentera Israel.

“Sesungguhnya doa yang dikirimkan dari kejauhan di dalam bulan Ramadan yang penuh barakah adalah lambang solidariti umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan bagi mengecam serangan tersebut dan menentang kezaliman berterusan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Tindakan kejam zionis ke atas rakyat Palestin dan para jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa baru-baru ini mengundang rasa tidak senang umat Islam di seluruh dunia.

Selain kekejaman di Masjid Al-Aqsa, zionis juga baru-baru ini cuba mengusir penduduk-penduduk yang berada di Syeikh Jarrah keluar meninggalkan perkampungan mereka. — AlHijrah Online

Leave a Reply