Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKP DI SEREMBAN, PORT DICKSON BERMULA ESOK HINGGA 1 FEB

DALAM NEGARA

PKP DI SEREMBAN, PORT DICKSON BERMULA ESOK HINGGA 1 FEB

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan selama 14 hari bermula esok susulan peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di kawasan tersebut.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kes jangkitan di Seremban sangat tinggi dan berlaku peningkatan secara ketara dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 777 kes kepada 876 kes.

“Kebanyakan mukim di Seremban juga adalah zon merah iaitu melibatkan tujuh daripada sembilan mukim.

“Bilangan kes yang dilaporkan dalam masa 14 hari di tujuh mukim dalam lingkungan 56 hingga 283 kes,” katanya.

Bagi daerah Port Dickson, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes positif secara mendadak dalam tempoh 14 hari yang melibatkan beberapa kluster iaitu daripada 35 kepada 167 kes.

Pelaksanaan PKP ini adalah untuk mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti dan mengawal pergerakan di kedua-kedua daerah itu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading