Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKPP DILANJUTKKAN HINGGA 31 DISEMBER 2020

DALAM NEGARA

PKPP DILANJUTKKAN HINGGA 31 DISEMBER 2020

KUALA LUMPUR: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang tamat pada 31 Ogos ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan itu demi kepentingan kesihatan rakyat negara ini susulan penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda di Malaysia.

“Dengan pelanjutan PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih boleh diambil.

“Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya dalam perutusan khas malam ini.

Muhyiddin memaklumkan dengan pelanjutan PKPP ia tidak menjejaskan kehidupan rakyat kerana mereka boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa namun perlu mematuhi SOP yang ditetapkan seperti penjarakan fizikal.

“Yang penting mesti terus membiasakan diri dengan pemakaian pelitup muka, membasuh tangan, sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengelakkan tempat yang sesak,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin juga menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menaikkan kadar kompaun di bawah Akta 342 sebanyak dua ke tiga kali ganda.

Namun jelasnya akta tersebut perlu dipinda terlebih dahulu di Parlimen. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading