PUASA SUNAT ASYURA AFDHAL DUA HARI

KUALA LUMPUR: Puasa sunat Asyura yang jatuh pada 10 Muharram setiap tahun, adalah lebih baik dilaksanakan selama dua hari berturut-turut sama ada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram.

Pendakwah, Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan berkata, ia bagi membezakan antara puasa orang Islam dengan bukan Islam khususnya kaum Yahudi yang juga berpuasa pada hari tersebut.

Kisah itu jelasnya berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari.

Bagaimanapun katanya tiada masalah untuk berpuasa sunat pada 10 Muharam sahaja, dan pahalanya tetap dikira.

Ikuti laporan video di atas yang disiarkan Berita Alhijrah pada 28 Ogos 2020 — AlHijrah Online

Leave a Reply