Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEMAKAN SUHU DI PREMIS WAJAR DITERUSKAN – ADHAM BABA

DALAM NEGARA

SEMAKAN SUHU DI PREMIS WAJAR DITERUSKAN – ADHAM BABA

KOTA TINGGI: Pengambilan suhu badan pelanggan di premis perniagaan dilihat masih wajar untuk diteruskan sebagai langkah awal untuk mengesan mereka yang bergejala COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kaedah merekod suhu badan pelanggan juga diamalkan di luar negara untuk tujuan sama.

“Semakan suhu di pintu masuk itu sebagai salah satu cara bagaimana kita boleh mengesan bergejala atau tidak bergejala.

“Kewajaran untuk menggunakan pengukur suhu masih lagi diperlukan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Harga Rendah Pelitup Muka di Econsave, Kota Tinggi, Johor.

Sehubungan itu, Adham menggalakkan pemeriksaan suhu dijalankan sebagaimana kebiasaan dalam norma baharu.

Katanya mengambil contoh kes Sivagangga di Kedah, tiada semakan suhu badan dan imbasan aplikasi MySejahtera hingga menyukarkan petugas kesihatan untuk mengesan kotak rapat kes terbabit. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading