ZULKIFLI BUAT LAWATAN MENGEJUT KE SEKOLAH ASRAMA DI BAWAH MAIWP

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP) dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA).

Lawatan mengejut itu kata Zulkifli untuk bertemu sendiri dengan pelajar dan mendengar pandangan mereka berhubung kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri, MAIWP adalah antara yang menjadi fokus utama saya termasuk institusi pendidikan di bawahnya.

“Sengaja saya berbual dengan anak-anak pelajar; bertanyakan hal pelajaran dan kehidupan seharian di sekolah dan asrama. Melihat perjalanan PdP dan kehidupan asrama dari sudut pandang pelajar,” katanya dalam ciapan di Twitter rasminya semalam.

Hasil lawatan itu, Zulkifli mengucapkan tahniah ⁣kepada warga SMA-MAIWP, SMISTA dan MAIWP atas pengurusan yang cekap dan efektif sepanjang bermulanya sesi persekolahan baru-baru ini. — AlHijrah Online

Leave a Reply