PM ANWAR ARAH KSU, KETUA JABATAN KEMUKA LAPORAN BULANAN KEMAJUAN PROJEK KERAJAAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan untuk mengemukakan laporan bulanan mengenai kemajuan dan sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan projek kerajaan.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan untuk mengemukakan laporan bulanan mengenai kemajuan dan sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan projek kerajaan.
Pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata laporan berkenaan perlu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali sebelum dimaklumkan kepada beliau.
“Selalu bila ketua jabatan, KSU dalam perbincangan dengan saya, semua akan cadang minta peruntukan, tambah projek. Ya memang dibolehkan, tapi ada kaedah baharu yang kita nak perkenalkan.
“Mesti ada laporan bulanan apa yang dilakukan, apakah sumbangan saudara-saudara (penjawat awam) dalam usaha melaksanakan projek dan ini laporan bulanan yang harus dihantar menerusi KP (ketua pengarah), KSU kepada KSN dan juga untuk makluman saya supaya ada pendekatan berbeza,” katanya.
Anwar pada majlis perjumpaan itu turut meminta agar setiap kementerian menggunakan pendekatan yang berbeza dan lebih berani dalam melaksanakan projek.
“Saya yakin, Insya-Allah kerajaan kita stabil. Oleh sebab stabil ini, kita nak guna sepenuhnya untuk melaksanakan program bagi mengangkat martabat negara kita,” katanya.
Beliau berkata kerajaan akan meneruskan dasar lama yang memberi manfaat kepada semua, bagaimanapun pendekatan yang digunakan perlu berubah.
“Sebab itu umpamanya, kita tidak meneruskan cara rundingan terus untuk elak kecelaruan dan salah guna,” kata Anwar.
Majlis perjumpaan berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Mohd Zuki.
Mengenai Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan 2 Jan lepas, Anwar berkata kerajaan akan melaksanakan beberapa penambahbaikan bersesuaian berdasarkan pandangan masyarakat.
PADU yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, merupakan pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data daripada jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadil-adilnya mengenai kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager