Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM MUHYIDDIN MINTA RAKYAT BERADA DI RUMAH SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

DALAM NEGARA

PM MUHYIDDIN MINTA RAKYAT BERADA DI RUMAH SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Malaysia supaya berada di rumah masing-masing selama tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tegas beliau, dengan cara itu rakyat akan terhindar daripada jangkitan COVID-19 dan penularannya dapat dibendung. 

“Saya ingin merayu kepada saudara saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang. 

“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja,” katanya menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan, malam ini. — BERNAMA 


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading