KUALA LUMPUR: Setakat jam 12 tengah hari tadi, 117 kes baharu COVID-19 direkodkan menjadikan keseluruhan 790 kes di negara ini, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM berkata berdasarkan siasatan awal, 80 kes daripada 117 kes baharu direkodkan itu berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
“Sehingga kini, seramai 15 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” kata KKM dalam kenyataan di sini hari ini.
KKM berkata terdapat 11 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dari COVID-19 sebanyak 60 kes.
Kenyataan itu berkata berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan dibuat Perdana Menteri pada 16 Mac 2020, satu warta telah dikeluarkan [P.U.(A) 87 bertarikh 17 Mac 2020] memaklumkan semua negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia diwartakan sebagai kawasan tempatan jangkitan.
Katanya, ia selaras dengan peruntukan Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Sehubungan itu, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 digubal dan diwartakan.
KKM berkata peraturan itu menjelaskan perkara-perkara perlu diambil perhatian dan tindakan oleh orang awam berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.
“Individu melanggar mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-peraturan tersebut adalah melakukan satu kesalahan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM1,000 ATAU dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya,” kata KKM menjelaskan perkara itu dinyatakan di bawah Seksyen 7 (1) di bawah Peraturan-Peraturan yang sama.
Orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM, sama ada melalui talian 03-8881 0200, 03-8881 0600, 03-88810700 atau e-mel: cprc@moh.gov.my untuk sebarang pertanyaan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.