Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH TABLIGH BELUM TAMPIL DIMINTA BERBUAT DEMIKIAN SEGERA – KP KESIHATAN

DALAM NEGARA

JEMAAH TABLIGH BELUM TAMPIL DIMINTA BERBUAT DEMIKIAN SEGERA – KP KESIHATAN

KUALA LUMPUR: Ahli jemaah tabligh yang belum tampil untuk diperiksa tahap kesihatan diminta berbuat demikian segera bagi mengekang penularan wabak COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga 12 tengah malam semalam, seramai 10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir majlis perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling telah diperiksa dengan 4,986 sampel diambil dan 513 positif.

“Seorang jemaah tabligh berumur 34 tahun telah meninggal dunia kelmarin.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru ahli jemaah tabligh yang belum tampil untuk diperiksa untuk tampil untuk diperiksa oleh KKM,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam hingga 31 Mac depan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang setakat ini mengorbankan dua nyawa di negara ini dengan 790 kes positif dan meningkat setiap hari. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading