KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan pasukan tentera dikerah jika keadaan memerlukan bagi memastikan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam hingga 31 Mac untuk mengekang penularan COVID-19.
Menteri Kanan
yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian
pada sidang media (non-health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Jabatan Perdana Menteri sebentar
tadi.
“Saya harap rakyat mematuhi Perintah (Kawalan Pergerakan) yang dikeluarkan Kerajaan. Tujuan perintah bukan untuk menyusahkan rakyat, tujuan untuk menjaga kesihatan dan menjaga nyawa rakyat.
“Kalau kita lihat laporan diberikan Kementerian Kesihatan, setiap hari laporan kes baharu bertambah,” katanya dalam sidang media khas itu yang disiarkan secara langsung dari Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.
Penguatkuasaan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan semalam menyaksikan masih ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia yang memandang ringan kawalan pergerakan dengan ada yang masih keluar rumah tanpa keperluan penting, termasuk berkumpul di tempat umum, makan minum di luar, beriadah dan pulang ke kampung halaman untuk bercuti.
Situasi ini amat membimbangkan berdasarkan pengalaman yang dilalui Itali dan Iran sebelum ini yang menyaksikan beribu-ribu kes COVID-19 dicatatkan mendadak ekoran kegagalan masyarakat untuk melakukan penjarakan sosial (social distancing) dan mengelak perhimpunan ramai (mass-gathering) untuk membendung penularan wabak merbahaya itu.
Foto agensi berita BERNAMA
Ketika ini, penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pada sidang media sama, Ismail Sabri berkata pihak polis masih mengesan 4,000 jemaah tabligh yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling bagi menjalankan ujian kesihatan.
Katanya, mesyuarat khas hari ini juga antara lain memutuskan keputusan Kabinet untuk menubuhkan jawatankuasa khas dianggotai 19 kementerian berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Rakyat juga diminta tidak panik kerana bekalan makanan mencukupi, digalakkan berurusan secara “online” dan semua kementerian diminta membuka hotline masing-masing untuk memudahkan urusan berkaitan yang terkesan akibat COVID-19, katanya.
Malaysia juga berbincang dengan Singapura membenarkan 300,000 pekerja Malaysia yang bekerja di negara itu dengan syarat negara terbabit sediakan tempat tinggal, kataya. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked